Billance Fung: Terima Kasih Atas Sokongan Anda

11825865_876040689146115_2433621039199093830_nKOTA KINABALU, 10 Ogos 2015: Rakaman video duet antara penyanyi terkenal Jessie J dan Billance Fung Chee Von yang berasal daripada Sabah kini masih lagi mendapat sambutan yang hangat dikalangan pengguna halaman sosial Facebook.

Video yang berjudul Flashlight yang telah dirakam menggunakan aplikasi “Sing! Karaoke by Smule” oleh beliau dan dikongsikan di akaun Facebook peribadinya dengan niat hanya untuk berseronok telah menjadikan beliau terkenal sehingga diberikan gelaran “The Flashlight Facebook Artist”.

Ketika beliau ditemu-duga melalui “Private Message” tentang perasaan serta reaksi keluarganya setelah video tersebut tersebar dan menjadi viral di Facebook, beliau mengatakan bahawa tidak ada apa-apa juga yang luar biasa berlaku. Saya gembira kerana orang ramai terhibur dengan video yang telah saya rakamkan untuk tujuan hiburan. Keluarga dan rakan-rakan saya menunjukkan sokongan yang kuat terhadap saya malah mereka juga terhibur. Tentang “Privacy”, setakat ini baik-baik saja cuma terdapat seorang individu yang tidak dikenali telah mewujudkan “Fan Page” dibawah nama saya dan juga telah menggunakan video milik saya tanpa kebenaran dan ia menceroboh fail peribadi saya.

Selain itu, beliau menambah bahawa terdapat banyak permintaan untuk menjadi rakan “Facebook” tetapi kuota untuk menerimanya sudah sampai had. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka ialah mengikuti saya dengan mengklik “follow”.

Mengulas tentang gelaran yang diberikan kepadanya, beliau mengatakan bahawa belum terlintas didalam hatinya untuk mengelarkan dirinya sebagai artis. Ini kerana video tersebut pada asalnya dirakam dan dikongsikan hanya bertujuan untuk kesoronokan. Tidak disangka bahawa ia telah menjadi viral selepas beberapa hari berlalu.

Ucapan terima kasih juga disampaikan oleh beliau kepada semua orang yang merasakan video tersebut menghiburkan mereka. Kekangan masa untuk membalas mesej dan komen didalam Facebook amatlah dikesali namun beliau ingin memanjatkan penghargaannya sekali lagi kerana telah menunjukkan sokongan moral yang positif kepada dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *