Mahdzir perlu mohon maaf atas kenyataan Kristian – Yahudi

Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid telah digesa oleh pihak gereja untuk memohon maaf setelah menteri tersebut mengatakan bahawa terdapat rancangan untuk memisahkan kaum Melayu oleh gabungan Yahudi-Kristian.

Mahdzir yang baru dilantik menjadi menteri pendidikan telah memberi amaran kepada ahli UMNO semasa pembukaan mesyuarat UMNO Divisyen Hulu Langat agar tidak mempercayai laporan Sarawak Report kerana mereka (SR) sedang melaksanakan rancangan Yahudi dan Kristian untuk memisahkan kaum melayu.

Beliau telah berkata “Yahudi dan kristian telah bersumpah untuk mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam”.

Susulan daripada kenyataan menteri pendidikan tersebut, pihak Council of Churches of Malaysia (CCM) telah menggesa Mahdzir untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau. Wakil CCM, Rev Dr Herman mengatakan ” adalah salah untuk mengaitkan Kristian dengan Yahudi. Ia memberikan tanggapan salah dan lebih teruk (beliau) mengatakan kami mempunyai rancangan untuk memisahkan orang melayu”.

Selain daripada CCM, beberapa badan organisasi NGO dan juga individu meminta Mahdzir untuk memberi bukti kukuh untuk menyokong kenyataan beliau. Ramai yang berpendapat bahawa sebagai menteri pendidikan yang baru, Mahdzir sepatutnya memberi fokus kepada meningkatkan perpaduan di kalangan pelajar sekolah dan bukan mengeruhkan keadaan. Sekiranya beliau tidak dapat memberi bukti yang kukuh, menteri pendidikan tersebut hendaklah menarik balik kenyataannya dan memohon maaf terutamanya kepada umat kristian. – BP News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *