Malapetaka di sekitar Asia

Beberapa malapetaka telah berlaku sejak beberapa hari yang lalu. Pertama, kejadian letupan di Tianjin, China pada Rabu lepas telah mengakibatkan 114 kematian, 700 kecederaan dan dikhuatiri lebih dari 70 orang, di mana kebanyakannya adalah ahli bomba masih hilang. Syarikat yang mengendalikan gudang penyimpanan dikatakan belum mempunyai lesen untuk mengendalikan bahan kimia merbahaya. Pemilik dan beberapa pegawai kanan syarikat tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa China untuk siasatan lanjut.

Rescue workers stand near the site of last week's explosions at Binhai new district in Tianjin, China, August 17, 2015. REUTERS/Kim Kyung-Hoon
Pasukan penyelamat bertungkus lumus melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat selepas letupan berlaku di Tianjin, China

Selang beberapa hari, sebuah pesawat yang membawa 49 penumpang telah terhempas di Papua, Indonesia. Seramai 54 orang termasuk krew pesawat telah dilaporkan mati daripada kemalangan tersebut. Pesawat tersebut telah berlepas dari lapangan terbang Jayapura pada petang Ahad dan menuju ke Oksibil. Walau bagaimanapun, komunikasi dengan pesawat tersebut terhenti selepas 30 minit berlepas dari lapangan terbang. Pihak berkuasa Indonesia pada masa kini sedang berusaha untuk memindahkan mayat-mayat yang dijumpai.

Bangkok bom_2
Bom diletakkan di kawasan tarikan pelancong di Bangkok

 

Pada Isnin lepas, sebuah letupan bom telah menyebabkan 20 orang mati di Bangkok. Bom tersebut dikatakan diletakkan di tempat penyembahan Erawan. Bom tersebut telah meletup pada waktu sibuk di kawasan tersebut iaitu pada pukul 7.00 petang waktu tempatan (+12.00 GMT). Pada masa kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan tersebut dan pihak polis Thailand masih berusaha mencari pengganas yang meletupkan bom tersebut. – BP News

Plane crash indonesia_1
Serpihan pesawat yang dijumpai di kawasan pergunungan Papua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *