Angin Perubahan Baru Politik Melanda Sabah

KOTA KINABALU, 18 Ogos 2015: Sejak tiga hari lalu, sentimen rakyat Sabah kini nampaknya sedang berubah musim kepada Pro Sabah For Sabahan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali tentang bagaimana senario pos dan juga komen-komen pengguna laman sosial didalam Facebook.

Seorang aktivis sosial yang juga merupakan ahli politik daripada parti SAPP, En.TJ Ajamain telah memberikan komen melalui akaun Facebook peribadinya tentang perkongsian gambar-gambar yang telah diposkan oleh rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Gambar-gambar tersebut menyampaikan mesej;

“KITA SABAHAN
#HalauPartiMalaya”

“Mereka telah melakukannya… Keberanian Sabahan yang saya pandang tinggi… Nah, anda bagaimana? Kita Sabahan #HalauPartiMalaya… Sabahan Mau #FullAutonomy… Jadilah sebahagian daripada mreka secara sukarela”, kata beliau.

Tuntutan Autonomi juga tela11231687_933129146729167_4030862611538662729_nh semakin hangat dilaung-laungkan oleh orang kebanyakan. SAPP telah menjadi peneraju kepada soal tuntutan Autonomi bagi kerajaan Sabah. Ini juga jelas tercatat didalam manefesto mereka pada PRU-13 yang lalu.

En.Amde Sidek, Timbalan Presiden SAPP telah memberikan komen tentang pengemuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan kuasa autonomi kepada kerajaan Sabah dan Sarawak. Didalam kenyataan beliau, ia mengatakan “Sabah Autonomy is a right based on MA63, not negotiable. When Prime Minister said Sabah and Sarawak can have their autonomy he’d better be real”.

Kenyataan ringkas beliau ini telah menarik perhatian pengguna Facebook dengan jumlah “Like” sebanyak 218 dan “Share” 81.

“Sambutan dan sokongan kepada ideologi parti-parti tempatan Sabah kini semakin mendapat tempat dihati dikalangan rakyat Sabah khususnya generasi-generasi muda. Kesedaran tentang mengapa perlu memberikan mandat penuh kepada parti-parti tempatan adalah kerana mereka lebih mengenal kehendak dan keadaan Sabah berbanding dengan parti-parti luar daripada malaya. Walaupun parti-parti malaya dipimpin oleh rakyat tempatan, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa penuh terhadap segala keputusan dalam hal pentadbiran politik kerana mereka perlu mendapat arahan dan kebenaran daripada kepimpinan pusat di malaya”, ujar seorang pengguna Facebook yang tidak ingin namanya dimasukkan kedalam liputan berita Press Bobohizan.

Sementara di malaya, kestabilan politik pada saat ini sangat merungsingkan sehingga menjejaskan keyakinan pelabur-pelabur luar negara. Kesan daripada itu, nilai matawang ringgit kini kian susut nilainya dengan harga tukaran $1 bersamaan dengan RM4.12. Semua rakyat diminta untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan bagi memastikan penggunaan dalan pengurusan kewangan dapat dioptimakan untuk keperluan yang penting seperti barangan asas dapur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *