Ketua UMNO Penampang John Ambrose Mempertahankan Najib – Memalukan Sabah

1. UMNO Penampang hari ini (Isnin, 24 Aug 2015) meluluskan resolusi untuk mengambil tindakan disiplin ke atas bekas timbalan perdana menteri, merangkap timbalan presiden parti UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan mencemar nama baik parti, seperti yang dilaporkan oleh The Star.

2. Perihal tersebut dicadangkan oleh ketua cawangan Nambazan, Fredie Suah dalam mesyuarat perwakilan parti tersebut sabtu lalu. Ketua UMNO Penampang, John Ambrose Dumpangol berkata bahawa bahagian Penampang menyokong penuh resolusi tersebut atas dasar bahawa semua ahli parti UMNO tertakluk kepada perlembagaan parti.

3. UMNO Penampang adalah satu-satunya bahagian UMNO di negara ini yang berbuat demikian, sekaligus mewartakan sokongannya terhadap kepimpinan Najib Tun Razak.

4. Isu-isu dalaman UMNO bukanlah perkara penting dalam kehidupan sehari-harian rakyat Sabah.

5. Sebaliknya perbalahan dan kehancuran UMNO malah lebih menguntungkan rakyat berbilang bangsa wilayah ini yang sudah sekian lama ditindas dan dipijak-pijak oleh kerajaan picisan bersaratkan rasuah dan kronisme UMNO.

6. Apakah sumbangan besar UMNO khususnya kepada penduduk Penampang dan Sabah sehingga kedua-dua pemimpin dari sini galak untuk terus menyokong parti Malaya yang terang-terangan mencuri hasil wilayah ini?

7. John Ambrose sebagai anak jati Sabah dari Penampang seharusnya malu untuk terus bersekongkol dengan parti ultra-Melayu tersebut. Tidak ada yang lebih memalukan bagi penduduk Penampang daripada menyembah sujud kepada parti perkauman Malaya seperti UMNO. Mujurlah parlimen Penampang tidak jatuh ke tangan BN atau UMNO dalam pilihanraya lepas.

8. Tali barut UMNO seperti inilah yang wajar dihukum dan diambil tindakan oleh rakyat. Mereka inilah yang dengan rela hati menjadi supir-supir kepada pemimpin Malaya setiap kali ditaburkan dengan warna-warni wang ringgit. Hak-hak rakyat Sabah dijual semudah nyanyian malam – perosak, pengkhianat dan parasit bangsa.

– Bobohizan.

Tell Us What you Think

One thought on “Ketua UMNO Penampang John Ambrose Mempertahankan Najib – Memalukan Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *