Gypsy Sabah – Kanak-Kanak Pendatang yang semakin Berani

Kota Kinabalu: Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sudah mencapai tahap yang agak membimbangkan. Kanak-kanak gelandangan ini sudah berani meyusur jalan-jalan raya kota mengetuk tingkap setiap kenderaan yang lalu untuk meminta duit.

Kanak-kanak ini dahulunya hanya terlibat dalam kegiatan menjual beg-beg plastik di pasar ikan Kota Kinabalu. Terdapat juga kanak-kanak bawah umur yang menjual rokok seludup di sekitar kotaraya ini.

Penulis teringat pengalaman mengembara di Eropah di mana golongan gypsy dari keturunan Roma yang seringkali menimbulkan perasaan tidak senang para pelancong.

Golongan ini bukan sahaja membanjiri kota-kota besar Eropah seperti Rome, Paris, Madrid dan Berlin, tetapi juga terlibat dalam gejala mengemis, mencuri, menipu dan mengugut para pengunjung.

Selama penulis berada di Eropah lebih 10 tahun, banyak pengalaman mengerikan berlaku.

Kunjungan ke Madrid 7 tahun lepas masih segar di ingatan apabila beg rakan penulis dicuri di siang hari di tengah-tengah kesibukan bandaraya Madrid. Beg tersebut mengandungi bukan sahaja kamera dan computer riba, tetapi juga passport perjalanan. Kehilangan passport tersebut melumpuhkan jadual pelancongan yang telah dirancang.

Baru-baru ini perjalanan ke Rome, Itali dicemari dengan kisah kehilangan dompet berisi kad memori kamera milik rakan penulis lagi. Kali ini, beg sandang tersebut dibuka dari belakang dalam keadaan yang sesak di Colosseum.

Di Paris, kanak-kanak dari golongan Roma ini mengemis di tepi-tepi mesin ATM seawal umur 4 tahun. Terdapat juga golongan remaja yang meminta “derma” di stesen Gare du Nord di paris, kononnya untuk persatuan orang buta.

Insiden-insiden ini bukan sahaja menyebabkan para pelancong takut dan tidak selesa tetapi juga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk tempatan.

Di Sabah, sudah ada kajadian-kejadian seperti ini yang berlaku sekaligus memalitkan imej yang buruk kepada bandaraya ini. Pergaduhan di antara remaja-remaja PATI ini ditengah-tengah kotaraya menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut lagi kepada pihak berkuasa.

Tinjauan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu mendapati bahawa kanak-kanak ini sudah semakin berani mengetuk setiap tingkap kenderaan yang lalu untuk meminta-minta. Terdapat juga kanak-kanak yang mengerumuni pelancong asing untuk meminta duit.

Persoalannya, di manakah pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah ini?

Pastinya isu ini bukanlah isu baru tetapi cerita lama yang bakal melarat sekiranya tidak dibendung seawal mungkin. Adakah kita harus menunggu sehingga keadaan menjadi tidak terkawal di mana golongan ini lebih selesa mengemis dan mencuri daripada mencari pekerjaan yang sah seperti yang berlaku di Eropah?

– BP.

y

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *