Mengapa Gani Patail Terus Membisu?

1. Pada hujung bulan Julai, bukan sahaja kabinet Malaysia dirombak besar-besaran yang menyaksikan beberapa menteri penting UMNO digugurkan, tetapi Tan Sri Gani Patail selaku peguam negara yang memainkan peranan penting dalam penyiasatan kes salah-laku 1MDB juga ‘direhatkan’ dengan secara mengejut.

2. Menurut Patail, peguam negara dari Sabah yang telah berkhidmat hampir 13 tahun sejak Januari 2002, beliau tidak sedar akan perlucutannya sehinggalah pengumuman itu dibuat. Malah, beliau juga tidak dibenarkan oleh ketua setiausaha negara, Tan Sri Ali Hamsa untuk kembali ke pejabat beliau untuk mengambil dokumen-dokumen siasatan.

3. Selang beberapa hari daripada insiden itu, Sarawak Report, laman pembocor maklumat, mengeluarkan dokumen-dokumen yang didakwa merupakan draf waran tangkap ke atas Najib Tun Razak selaku perdana menteri Malaysia dan Menteri kewangan; dan Dato’ Shamsul Bin Anuar selaku pegarah syarikat 1MDB.

4. Patail digantikan oleh Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang tanpa berlengah-lengah mengisytiharkan bahawa dokumen draf waran tangkap yang dikeluarkan oleh Sarawak Report itu adalah palsu dan betujuan jahat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak. Sungguhpun begitu, sehingga ke hari ini belum ada saman fitnah ke atas Sarawak Report dikeluarkan.

5. Sehingga ke hari ini, Patail tidak pernah menafikan kesahihan laporan tersebut. Persoalannya dimanakah Gani Patail sekarang? Mengapa beliau terus membisu seribu bahasa?

6. Gani Patail dilihat sebagai orang penting yang mampu mengubah keputusan siasatan ke atas 1MDB, selain daripada governor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau bukan sahaja mempunyai kedibiliti dan latar belakang guaman yang mendalam, malah beliau juga dikatakan telah melihat sendiri laporan kemasukan dana berbillion ringgit ke dalam akaun Najib.

7. Seperti kebanyakan penentang dan pengkritik 1MBD, yang di tangkap, dilucutkan jawatan dan disiasat oleh Polis, ramai berpendapat bahawa Patail juga menerima nasib yang sama. Patail sendiri bukanlah bersih dan tidak mempunyai cacat-cela. Oleh itu ugutan ke atasnya adalah tidak mustahil.

8. Sungguhpun begitu, hanya golongan minoriti yang berkepentingan di negara ini yang masih menyokong syarikat bersaratkan skandal 1MDB. Kebanyakan rakyat rata-rata inginkan kebenaran dan ketelusan siasatan kerana ini melibatkan masa depan dan ekonomi negara. Kisah politik yang tidak berkesudahan ini menyebabkan nilai matawang ringgit Malaysia jatuh merudum berbanding dollar Amerika – yang terburuk dalam tempoh 17 tahun.

9. Di Malaysia, hanya Gani Patail yang layak bersuara mengenai laporan tersebut sekaligus menjernihkan air yang semakin keruh.

10. Daripada 4 panel penyiasatan ke atas 1MDB, 2 panel dilihat memihak kepada Najib (Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali) sementara 2 panel lagi dilihat cuba menjalankan siasatan tanpa tanpa campur tangan politik (2-2).

11. Seandainya Patail bersuara, ia dilihat akan dapat memberi kelebihan kepada pihak penyiasat yang mahukan kebenaran.

12. Untuk kepentingan dan masa depan negara, Gani Patail seharusnya tampil ke hadapan.

– Bobohizan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *