Dr. M: RM2.6 Billion Digunakan Untuk Merasuah Ahli Politik?

DR. MAHATHIR Mohamad dalam entry terbaru di blognya menasihati Najib dan penyokongnya untuk berhenti dalam usaha mereka meyakinkan rakyat bahawa duit RM2.6 billion di dalam akaun milik peribadinya adalah derma ihsan.

Beliau berkata bahawa rakyat Malaysia tidaklah sebodoh yang disangka oleh Najib dan penyokongnya.

Sebaliknya beliau menyindir kenyataan bahawa derma itu di beri kepada Malaysia sebagai usaha memerangi Islamic State (IS) sebagai tidak masuk akal kerana kumpulan pengganas tersebut hanya mula aktif pada tahun 2014, sementara dana RM2.6 Billion itu di beri pada tahun 2013.

“Mengapa 700 juta dollar? Pastinya ia terlalu besar untuk kegunaan pilihanraya rakyat Malaysia, melainkan ia digunakan untuk merasuah calon-calon pilihanraya,” tulisnya.

Beliau juga membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa telah berjumpa dengan keluarga Arab yang memberikan “derma” tersebut.

“Kalau begitu biarkan beliau mengemukakan bukti bahawa orang Arab ini mempunyai jumlah duit yang banyak untuk diagih-agihkan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Negara mana? Dari mana datangnya duit ini? Apakah perniagaan yang dilakukanya? Apakah nama bank yang diguna?” soalnya.

Mahathir juga berkata bahawa tindakan campur tangan Najib dalam siasatan tersebut menyebabkan peguam negara dilucutkan jawatan, ketua SPRM diberikan cuti dan Bank Negara dituduh dan disiasat atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau mengingatkan bahawa rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar kerana tidak ada sesiapa yang percaya bahawa duit RM2.6 billion tersebut adalah derma peribadi kepada perdana menteri Malaysia.

“Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh,” tulisnya.

– BP.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *