Badut UMNO Berbaju Merah Bakal Beraksi!

Kuala Lumpur: Kumpulan berbaju merah anti-Bersih mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan parang dan pedang untuk persiapan menghadapi perhimpunan besar-besaran anjuran Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Jurucakapnya, Jamal Yunos dilaporkan sebagai berkata, latihan itu diadakan bagi tujuan “mempertahankan diri” semasa perhimpunan berkenaan.

“Ada latihan tertutup untuk anggota kita pada malam ini (Rabu) dan mereka akan menggunakan parang dan pedang untuk mempertahankan diri,” katanya seperti dipetik dalam laporan The Star Online.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, mereka akan mengerahkan 30,000 orang dari 200 NGO untuk menghadapi peserta himpunan Bersih 4.

Sungguhpun mendapat amaran daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu bakar, kumpulan berbaju merah itu tetap dengan pendirian untuk bertemu dengan kumpulan baju kuning.

Ini dipercayai kerana sokongan tidak rasmi oleh menteri UMNO termasuklah dari Datuk Ahmad Maslan, yang dianggap badut kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Video yang dimuatkan di internet menunjukkan anggota kumpulan berbaju merah yang beraksi merangkak dan berguling-guling sambil meracau seolah-olah kerasukan apabila dipukul dengan kayu di belakang.

Saksikan sendiri video tersebut di bawah:

– BP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *