UMNO: Perlindungan Gereja Terhadap Peserta Bersih Mencetuskan Krisis Agama – Bobohizan Press

1. Sebuah laman pro-UMNO berkata bahawa keputusan Gereja Katolik di Kuala Lumpur yang membuka pintunya untuk peserta perhimpunan Bersih yang ingin berlindung bakal mencetuskan krisis dan huru-hara agama.

2. Penulis UMNO tersebut mengaitkan kesediaan pihak gereja tersebut sebagai muslihat politik pihak pembangkang untuk persediaan pilihanraya di Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Beliau menulis bahawa sekiranya pihak polis dan kerajaan BN mengganggu rumah ibadat tersebut maka ia akan meniup sentiment keagamaan di Sarawak dan seterusnya boleh menjadi isu hangat dalam pilihanraya kelak.

3. Archbishop Kuala Lumpur, Julian Leow, pada selasa berkata bahawa pihak Gereja Katolik akan membuka pintu 3 gerejanya di Kathedral St John’s di Bukit Nanas, Gereja St Anthony’s di Pudu dan Gereja Fatima di Brickfields kepada peserta perhimpunan yang memerlukan perlindungan sekiranya berlaku kucar-kacir dalam acara tersebut.

4. Benarkah tindakan tersebut akan menyebabkan tercetusnya krisis agama?

5. Masjid Jamek dan Masjid India di Kuala Lumpur sebelum ini pernah menjadi tempat perlindungan untuk peserta perhimpunan sedemikian. Pihak pembangkang pernah beramai-ramai berhimpun di Masjib berkenaan selepas solat Jumaat untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

6. Ia bukan sahaja tidak mencetuskan krisis agama seperti yang diuar-uarkan oleh UMNO tetapi merupakan kawasan perlindungan penting bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan perubatan dan sokongan sekiranya berlakunya tindakan keras dari polis.

7. Sementara pada ketika itu perhimpunan tersebut merupakan perarakan berunsurkan politik; perhimpunan Bersih bukanlah satu perhimpunan politik. Ia merupakan suara kolektif rakyat Malaysia yang inginkan ketelusan dan keadilan dari kerajaan yang dilihat menindas rakyat.

8. Mengapa kesediaan pihak gereja untuk memberi bantuan kemanusiaan harus dihalang?

9. Bukankah gereja ataupun mana-mana institusi keagamaan lain di seluruh negara wajar bersama-sama menolak kerajaan dan pemimpin yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat yang bakal menarik negara ini ke kancah kehancuran dan krisis yang lebih buruk lagi?

10. Mengapa penyokong tegar UMNO masih tidak sedar akan realiti yang berlaku di negara ini?

– Bobohizan.

Tell Us What you Think

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *