Pegawai Daerah Keningau Melarang Pengambaran Media

11934972_1022239174453304_6650642517431108707_nKENINGAU, 6 September 2015: Sehelai surat malarang pengambaran media yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Keningau, Hj Yusop Bin Hj.Osman telah menjadi viral di media sosial khususnya di Facebook.

Surat tersebut yang dikeluarkan pada tarikh 3 September 2015 telah mengundang pelbagai reaksi, persoalan dan kritikan dikalangan pengguna-pengguna laman sosial.

Didalam mesej surat tersebut, Pegawai Daerah Keningau, selaku Ketua Pentadbir Daerah telah memohon kerjasama daripada Ketua Kampung dan Pengerusi JKK dikawasan masing-masing supaya tidak membenarkan mana-mana pihak membuat pengambaran atau mengambil maklumat untuk tujuan tayangan atau siaran MEDIA atau sebarang aktiviti dikawasan masing-masing kecuali setelah mendapat kebenaran dan izin bertulis daripadanya.

Surat tersebut telah ditujukan kepada tiga kawasan DUN Sabah iaitu Dun N.33 Bingkor, DUN N.34 Liawan dan DUN N.37 Sook. Surat tersebut juga telah diberikan salinan kepada setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sabah.

Rata-rata pengguna laman sosial Facebook telah mengecam dan mengutuk tindakan arahan larangan yang tidak masuk akal yang dikeluarkan oleh pegawai daerah keningau. Ini kerana ia adalah sesuatu arahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini didalam sejarah Sabah.

Tindakan larangan ini juga secara langsung melanggar kebebasan pihak media didalam menyalurkan maklumat yang tepat disesebuah kawasan.

Setakat ini, belum terdapat sebarang pemberitahuan rasmi tentang justifikasi kepada arahan larangan tersebut oleh Pegawai Daerah Keningau.

Respon wakil rakyat Bingkor, YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berhubung dengan perkara ini telah mengkritik tindakan pengeluaran surat arahan larangan ini.

“Adakah DO (Pegawai Daerah) sudah datang gila atau diarah oleh Musa? Mana boleh seorang DO yang waras keluarkan arahan/larangan macam ini. Macam mana PJKKK mahu laksana? Tutup semua kampung dengan dinding? Larang semua orang guna mobile fon?”, kata beliau.

Difahamkan bahawa Pegawai Daerah ini juga yang telah melarang wakil rakyat Dun N.33 Bingkor, YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan daripada melakukan upacara memperingati Batu Sumpah di Keningau pada tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *