“Keadaan Jalan Raya Sabah Sangat Mendukacitakan”: NGO

Tawau: Persatuan Bumiputera Bajau Semporna Sabah (Perbubas) menggesa kerajaan persekutuan untuk memberi lebih banyak tumpuan dan peruntukan untuk memajukan rangkaian jalan raya di Sabah yang dianggap sangat mendukacitakan dan tidak menggambarkan keadaan selepas mencapai 52 tahun kemerdekaan.

Presidennya, Mansor Santiri, berkata kerajaan persekutuan haruslah membina lebih banyak jalan raya yang menghubungkan daerah-daerah di Sabah seperti dari Kota Kinabalu-Sandakan, Sandakan-Semporna dan Semporna-Tawau.

“Kerajaan persekutuan harus memandang serius perkara ini kerana Sabah berhak mendapatkan prasarana dan kemudahan yang lebih baik, terutama sekali selepas PETRONAS mengaut hasil bumi kita pada 14 Jun 1976 semasa era bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh,” katanya¬†ketika dipetik oleh¬†Daily Express.

“Lima tahun dari sekarang (2020), Malaysia akan menjadi negara maju tetapi jalan raya di Sabah masih berlubang-lubang.

“Situasi ini tidak harus berlaku memandangkan kita sudah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun. Penduduk tempatan seharusnya sudah merasai pembangunan seperti negara-negara maju,” katanya. – BP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *