Ketua UMNO Penampang, John Ambrose Menagih Bayaran 10% “Komisyen”


  • Ketua UMNO Penampang┬áJohn Ambrose┬ámenuntut komisyen 10% atas projek yang diberi oleh UMNO
  • John Ambrose menyaman Datuk Peter Anthony kerana berpendapat dibayar kurang

Kota Kinabalu: Ketua UMNO Penampang, John Ambrose menuntut 10% komisyen dari projek UMNO di Sabah dan menamakan ketua KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony sebagai defendan pertama dan syarikat milik Peter Anthony, Asli Jati Engineering Sdn Bhd sebagai defendan kedua, menurut sumber Daily Express.

Difahamkan projek bernilai lebih kurang RM70 juta untuk penyelengaraan di Universiti Malaysia Sabah itu dianugerahkan oleh pejabat perdana menteri kepada Datuk Peter Anthony dan syarikat naugannya selepas John Ambrose menggunakan hubungan baiknya dengan perdana menteri untuk mendapatkan tender projek tersebut.

Menurut Sugumar, peguam kepada plaintif, beberapa jawatan yang dipegang oleh John Ambrose memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pihak yang berkuasa untuk memberikan tender tersebut kepada Datuk Peter Anthony dan syarikatnya. Disebabkan oleh pengaruh plaintif dalam UMNO, tender tersebut berjaya diperolehi oleh defendan.

“Ia adalah untuk membuktikan siapa yang mempunyai hubungan kepada Menteri Kewangan, yang juga Perdana Menteri” katanya.

Hakim Gabriel Gumis: “Adakah ia Perdana Menteri sekarang?”

John Ambrose: “Ya, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Saya merupakan individu yang terlibat langsung dengan Perdana Menteri (merangkap Menteri Kewangan) untuk mendapatkan projek tersebut. Hanya Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk meluluskan projek.

“Mengapa defendan membayar saya sebelum ini sekiranya saya tidak mendapatkan kontrak projek tersebut untuk mereka?,” kata Ambrose semasa disoal oleh Sugumar.

Hakim Gabriel Gumis: “Begitu kah caranya?”

Sugumar: “Ya”

Hakim: “Adakah perkara-perkara bertukar?”

Ambrose: “Tidak jelas, semua bil dibuat oleh defendan. Saya tidak tahu berapa banyak yang mereka tuntut. Saya tidak dapat memberikan kepastian kerana semua bentuk pembayaran dibuat oleh defendan.”

Hakim: “Pernahkah defendan pertama dan kedua membenarkan anda (plaintif) untuk berhubung dengan pihak ketiga?”

Sugumar: “Ya, seperti yang dibuktikan oleh surat dari defendan kedua bertarikh 16 Jun 2010, 3 Jan 2011 dan 10 Mei 2011.”

Menurut plaintif, selain daripada komisyen yang dituntutnya, defendan pertama dan kedua juga telah bersetuju untuk membayar wang tunai berjumlah RM 20,000 setiap bulan sehingga projek-projek tersebut selesai mengambilkira perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Ditanya samaada sebelum perjumpaan dengan Najib, Anthony merupakan kenalan Ambrose, beliau berkata: “Ya sebagai sahabat saya dan sebagai kapasiti saya selaku Pengerusi UMNO Penampang dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah”

Beliau menjelaskan bahawa beliau merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengatur perjumpaan antara Anthony dan Najib.

Antara perbalahan dalam kes ini adalah berhubung dengan perjanjian antara Ambrose dan Anthony di mana antara bayaran yang dituntut dalam komisyen RM500,000 tersebut adalah berbentuk sebuah rumah yang dibina di tanah CL 015422250 di Lot 8, Taman Moonee, Kota Kinabalu.

Defendan pertama berkata bahawa harga pasaran rumah tersebut yang dibina di atas tanah CL 015422250 bernilai lebih daripada RM500,000 yang tidak dipersetujui oleh plaintif yang berkata harga rumah tersebut hanya bernilai tidak lebih daripada RM 500,000.

Perbicaraan bersambung.

– BP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *