Pairin Kitingan dan PBS Berikrar Taat Setia Kepada Najib Tun Razak


  • Pairin Kitingan dan PBS berikrar taat setia kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak
  • PBS menghargai kepimpinan Najib yang dilihat membawa pembangunan pesat di Sabah

Putrajaya: Parti Bersatu Sabah (PBS) menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda ikrar taat setia parti tersebut kepada Perdana Menteri sambil mengutarakan beberapa isu-isu terkini untuk penyelesaian jangka panjang.

Setiausaha umum PBS, Datuk Johnny Mositun berkata parti tersebut berikrar taat setia kepada Najib kerana mengharagai kepimpinan beliau yang melihat Malaysia dan terutamanya Sabah mencapai perkembangan dan pembangunan pesat.

“PBS berikrar untuk berdiri di belakang Perdana Menteri untuk beliau terus memimpin Barisan Nasional dan Malaysia,” kata Mositun.

Presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, timbalan presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Dr Yee Moh Chai dan Senator Datuk Jamilah Sulaiman bersama-sama dengan naib presiden dan ahli majlis tertinggi parti tersebut berkunjung ke Seri Perdana untuk berjumpa dengan Najib ketika memberikan memorandum tersebut.

Mositun berkata isu-isu berbangkit Sabah harus diberikan tumpuan dan diselesaikan secara mutlak sebelum pilihanraya umum, “untuk memastikan negara terus kuat dan besepadu, selain daripada mengekalkan kedudukan utuh Barisan Nasional di Sabah.”

Isu-isu tersebut termasuklah memberikan kuasa yang lebih banyak kepada Sabah, isu pendatang asing tanpa izin (PTI), formula perkongsian kuasa yang telus untuk Barisan Nasional Sabah, menunaikan janji-janji pilihanraya lepas, dan royalti minyak.

Pairin Kitingan

Mositun berkata PBS menyokong pemberian kuasa yang lebih banyak kepada Sabah dengan memberikan negeri itu lebih banyak peluang dan peranan dalam membuat keputusan dan perancangan dalam berbagai-bagai perkara melibatkan Sabah dan rakyatnya.

“Untuk mencapai tujuan ini, kerjasama dan sokongan kewangan dari Kerajaan Pusat adalah penting.

“Kerajaan Pusat digesa untuk memberikan Sabah lebih banyak peranan dalam membuat keputusan, perancangan dan pentadbiran dalam negeri. PBS berdirri teguh dengan perjanjian 20-perkara dan juga autonomi dan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

PBS juga meminta tindakan segera dalam menggunapakai cadangan-cadangan yang dibuat oleh RCI dan jawatankuasa teknikal RCI, selain meminta tenaga kerja dan keupayaan risikan ESSCOM diperkukuhkan untuk mengelakkan wilayah ini dari berhadapan dengan pencerobohan dan penculikan oleh orang luar.

“PBS juga mahu kajian segera dan pemansuhan Kad Pengenalan yang meragukan yang diberi kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah. Pihak parti sebelum ini telah menghantar senarai nama-nama penerima Kad Pengenalan palsu dan berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita juga ingin menyampaikan kehendak seluruh rakyat Sabah agar tindakan keras dan pantas dilakukan untuk menangkap dan menghantar balik pendatang asing di Sabah sebagai tanggungjawab kita kepada keselamatan seluruh rakyat Sabah dan kedaulatan kita,” kata Mositun.

Perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional juga menjadi isu dalam parti komponen tersebut yang juga disuarakan kepada Perdana Menteri.

“Masalah ini melemahkan BN Sabah. Kita mahu formula perkongsian kuasa yang lebih jelas dan telus dalam parti komponen BN Sabah kerana belum ada formula yang jelas dan keputusan-keputusan oleh pimpinan Sabah adalah berbentuk ad hoc,” kata Mositun.

Mositun juga berkata bahawa monopoli dan dominasi oleh parti tertentu menyebabkan parti-parti komponen terpinggir, kehilangan sokongan dan keahlian kerana dilihat sebagai “tidak lagi relevan dan tidak mempunyai kuasa politik.”

Monopoli tersebut, katanya termasuklah dalam jawatan-jawatan politik dalam pentadbiran Sabah, kontrak-kontrak kerajaan dan juga pertubuhan dan koperasi dibawah kerajaan.

“Seharusnya, perwakilan yang adil harus wujud kepada komponen-komponen parti untuk jawatan politik seperti ketua-ketua anak negeri, jawatankuasa keselamatan kampung, jawatankuasa pembangunan dan ketua-ketua kampung,” katanya.

PBS juga bimbang dengan janji-janji yang dibuat pada pilihanraya sebelum ini yang belum ditunaikan. Ia termasuklah janji berkaitan dengan SMK Desa Wawasan di Tambunan, SMK Sains di Keningau, peruntukan RM 10 juta untuk Kolej KDM dan jalan raya yang menghubugkan Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat yang belum dilaksanakan.

Parti itu juga membangkitkan gesaannya untuk mengkaji semula kenaikan royalti minyak kepada Sabah kerana “pada masa ini belum ada kemajuan yang besar dalam proses mengkaji semula kenaikan 5% royalti minyak walaupun permintaan yang berterusan dari Sabah dan Sarawak”.

“Sebagai permulaan, kenaikan sebanyak 5% seharusnya diberikan pertimbangan segera. Ini akan memberi jumlah royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 10% masing-masing,” kata Mositun.

PBS juga meminta lebih banyak peruntukan untuk pembangunan jalan-jalan raya, elektrik, air, kesihatan, pendidikan dan perumahan tempatan. Ia mencadangkan bahawa peningkatan peruntukan ini boleh diambil dari cukai GST.

Selain itu, PBS juga menyampaikan harapan parti itu kepada Perdana Menteri untuk meningkatkan pengambilan dan kenaikan jawatan untuk rakyat Sabah di dalam perkhidmatan am persekutuan di Sabah terutama sekali untuk jawatan-jawatan tertinggi seperti pengarah dan ketua-ketua agensi.

“Kita juga berharap untuk melihat lebih banyak perlantikan kepada rakyat Sabah seperti pengerusi Syarikat Naungan Kerajaan (GLC) yang pada masa ini sangat rendah pada 30%. Ini adalah reality yang dilihat di GLC seperti Felda, Felcra, Risda, Fama, Mara, institusi perbankan dan koperasi kerajaan”, katanya.

Mositun menambah bahawa PBS amat berbesar hati dengan kunjungan akrab Perdana Menteri.

“Kita yakin bahawa Perdana Menteri akan mendengar dan bertindak kepada isu-isu yang ditimbulkan untuk kebaikan Barisan Nasional terutama sekali untuk pilihan raya akan datang, untuk Sabah dan Malaysia.

“Beliau telah membuktikan bahawa beliau mengambil berat kepada isu-isu dan kebajikan Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia, dan pastinya akan bekerja keras untuk menyelesaikan isu-isu ini,” kata Mositun.

– BP via FMT and The Star.

Pairin Kitingan

One thought on “Pairin Kitingan dan PBS Berikrar Taat Setia Kepada Najib Tun Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *