Bung Moktar: “BRAVO Red T-Shirt!”

BUNG MOKTAR dalam twitternya mengucapkan “Bravo” kepada peserta baju merah yang berhimpun sempena Hari Malaysia, untuk menegakkan maruah Melayu yang didakwa terhakis susulan daripada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Dalam status tersebut Bung Moktar menulis “from the ppls to the ppls” (sic) yang menjadi bahan jenaka penguna-penguna twitter. Seorang penguna twitter menulis kepada Bung Moktar: “apa benda tah maksud ‘from the ppls to the ppls‘.

Seorang lagi pengguna twitter menulis: “people la bongok. Sejak bila people ada tambah s bodoh“.

Bung Moktar
Bung Moktar memuat naik gambar perhimpunan anti-GST sebagai perhimpunan baju merah.

Bung dalam akaun twitternya sebelum itu turut memuat naik sebuah gambar perhimpunan berbaju merah di dataran merdeka yang didakwanya perhimpunan baju merah anjuran Himpunan Rakyat Bersatu.

Beliau menulis: “Himpunan Rakyat Bersatu dah bergema.. Ribuan Rakyat dan Berhimpun.. Seakan akan menjadi Lautan Merah.”

Malangnnya, gambar tersebut adalah gambar perhimpunan anti-GST, yang turut menampilkan gambar Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Bung juga sama sekali tidak menyedari bahawa perhimpunan baju merah anjuran Himpunan Rakyat Bersatu tersebut diadakan di Padang Merbok, sementara gambar yang dimuat naik oleh beliau diambil di Dataran Merdeka, KL.

Kejahilan beliau rata-rata diperlekehkan dan diperbodohkan di twitter.

Seorang pengguna menulis: “kah kah maen tangkap muat je ko… harap bini jer cantek.. ko tu da la bodo.. hodoh lak tu… hahaaa...”

Seorang lagi pengguna menulis: “bodohnyaa kau nie . kelakar pon ade . hahhahahaa

– BP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *