Borneo Red Chilli Enterprise

Borneo red chilli enterprise

KOTA KINABALU, 19 September 2015: Berbekalkan kepada pengalaman selama 3 tahun sejak 2012, seorang graduan muda daripada Universiti Kebangsaan Malaya yang telah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan telah menceburi bidang pertanian penanaman lada.

Carol Jouflin yang kini berusia 27 tahun merupakan bekas seorang Eksekutif Permasaran disebuah Pasaran Besar, Ngiu Kee di Kapayan telah menamatkan kariernya pada awal tahun 2014 dan kini telah memfokuskan sepenuh tumpuannya dalam mengembangkan perniagaan yang berasaskan kepada penanaman dan penjualan.

Melalui kreativitinya, beliau telah berjaya menghasilkan produktiviti baru hasil daripada lada. Produktiviti beliau adalah lada yang mempunyai beberapa perisa yang berlainan. Antaranya ialah perisa mangga, belacan, tuhau, mangga belacan, bambangan dan banyak lagi.

Apabila dihubungi dan ditemu-duga melalui saluran komunikasi seperti Whatsapp dan Facebook, beliau mengatakan bahawa minatnya didalam menceburi bidang baru yang baginya sesuatu yang tidak pernah dipelajari semasa belajar di Universiti ini merupakan satu pengalaman yang mencabar tetapi sangat menarik serta menyeronokkan.

“Sebelum mencapai tahap kepada pengeluaran hasil lada yang dikecapi pada hari ini, saya bersama-sama dengan ahli keluarga telah menemui pelbagai cabaran yang menguji kesabaran dan komitmen. Antaranya cabarannya ialah kesuburan tanah, penjagaan kesihatan pokok lada, penggunaan baja asli dan pencegahan agen perosak adalah merupakan sesuatu yang sungguh mencabar”, katanya.

Apabila ditanya tentang kos, beliau mengatakan bahawa “kos yang telah dikeluarkan merupakan satu pelaburan yang mesti berani ditanggung. Ia melibatkan jumlah yang sangat besar kerana pembelian barangan yang diperlukan, pembelian benih, plastik, upah pekerja dan pengangkutan mampu membuatkan kepala digaru walaupun tidak gatal”, ujarnya dengan penuh jenaka.

Pihak Bobohizan Press juga telah difahamkan bahawa sebelum ini, lokasi kepada penanaman beliau adalah di Penampang.Tetapi disebabkan oleh faktor banjir setiap hujung tahun lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh telah mengakibatkan kerugian yang besar membuatkan beliau dan sekeluarga memutuskan untuk berpindah ke lokasi baru. Kini, hasil berkat dan usaha yang telah ditaburkan, beliau dan sekeluarga berjaya memperolehi sebidang tanah di kawasan Inanam yang bebas daripada banjir.

Borneo Red Chilli EnterpriseKesungguhan didalam memberikan peluang kepada diri untuk mempelajari sesuatu yang baru telah memberikan sumbangan yang positif kepada penduduk setempat dikawasan ladang mereka. Ini kerana, peluang pekerjaan telah diwujudkan dan manfaat secara tidak langsung diterima oleh penduduk disekitar kawasan tersebut. Selain itu juga, aktiviti penanaman lada ini telah berjaya membuka minda penduduk kampung untuk membangunkan tanah mereka yang terbiar bagi memberikan pendapatan kepada seisi keluarga.

Beliau juga telah memaklumkan kepada pihak Bobohizan Press bahawa beliau telah berjaya mewujudkan syarikat perniagaannya dengan nama Borneo Red Chilli Enterprise. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat beliau, bolehlah mengunjungi Facebook page dan website beliau di Page Facebook Borneo Red Chilli Enterprise dan website rasmi.

Berbekalkan dengan jiwa yang kental dan kreatif, beliau menyeru rakyat Sabah untuk menyokong hasil produk Bumiputra bagi membolehkan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Sabah meningkat.

Borneo red chilli enterprise
Antara produk-produk yang dijual: Lada berperisa halia, belacan, bambangan, tuhau dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *